Selamat Datang ke Laman Panitia Pendidikan Moral SMK Desa Skudai, Johor Darul Takzim

Friday, January 14, 2011

NILAI 4: BERTANGGUNGJAWAB

Objektif pembelajaran:

i.  pelajar diharapkan dapat mengetahui dan menghayati maksud nilai bertanggungjawab.
ii. pelajar dapat menerapkan nilai bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maksud nilai Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.


KK 1 - memikul tugas/kewajipan                          KK 2 - melaksanakan tugas/kewajipan


Hayati video berikut:


Bertanggungjawab dalam mencegah penularan Aedes

Bertanggungjawab dalam melaporkan kes-kes jenayah seperti ragut


*Merancang masa depan - mengurus rapi perancangan masa depan sendiri sebagai persediaan dan mengetahui cara untuk melaksanakannya.


KEBAIKAN MERANCANG:

(i)  Perbelanjaan
      (a)   tidak berbelanja berlebihan
      (b)   tabung wang lebihan
      (c)   beli barang keperluan bukan kehendak

(ii)  Kerjaya
      (a)   tahu minat, kebolehan serta potensi diri.
      (b)   boleh buat keputusan
      (c)   capai matlamat hidup dengan tersusun

(iii) Keluarga 
      (a)   menjamin kebahagiaan
      (b)   hidup dalam keadaan tenang


KESAN JIKA TIDAK MERANCANG
(a)   tidak dapat mencapai cita-cita sendiri
(b)   tidak berjaya dalam hidup
(c)   tidak suka dan tidak berminat dalam kerjaya yang diceburi
(d)   masalah tidak dapat diselesaikan
(e)   akan dibebani masalah/hutang
(f)   pembaziran masa, tenaga dan wang



No comments:

Post a Comment