Selamat Datang ke Laman Panitia Pendidikan Moral SMK Desa Skudai, Johor Darul Takzim

Friday, January 7, 2011

Nilai 2 AMANAH

(Rujuk buku teks: halaman 8 - 15)

Objektif Pembelajaran: 

Diakhir pengajaran dan pembelajarn, pelajar diharapkan dapat:
i.     memahami dan mengamalkan sikap amanah dalam kehidupan seharian
ii.    mengetahui peranan kerajaan dalam menangani isu pecah amanah
iii.   menghargai peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak dalam membanteras rasuah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nilai Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.


Set Induksi

  • Maksud Rasuah
Perbuatan menyogok atau menyuap wang/barangan agar orang yang disogok dapat menggunakan kuasa/kemampuannya untuk menyelesaikan tugas secara tidak amanah..
  • Sejarah Pencegahan Rasuah di Malaysia
           1959 - penubuhan unit jenayah khas dalam Jabatan Polis

           1967 - penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
                       kini sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

           1997 - Akta Pencegahan Rasuah  (http:www1.jaring.my/bpr/bm/aktatama.html)

           1983 - Kempen Kepimpinan Melalui Teladan
          
Borang Akta Janji dan Akta Rahsia Rasmi 1972
ditandatangani oleh setiap kakitangan kerajaan sebelum memulakan tugas rasmi yang diamanahkan sebagai rahsia.
             
  • Kesan Rasuah
        Individu                                                                                   
        > dipenjarakan atau didenda
        > diistiharkan muflis/bankrup
        > hilang pekerjaan
        > hilang kpercayaan
        > dipandang serong
        > trauma/tertekan  



      Masyrakat 
       > tiada nilai kejujuran
       > sikap prasangka/saling membenci
       > wujudnya jurang antara orang orang miskin
       > perkauman 


      Negara
       > ekonomi terjejas
       > pelaburan merosot
       > inflasi
       > keadilan terjejas
       > perkhidmatan kurang bermutu





Risalah Membanteras Rasuah

No comments:

Post a Comment