Selamat Datang ke Laman Panitia Pendidikan Moral SMK Desa Skudai, Johor Darul Takzim

Sunday, February 20, 2011

NILAI 6: TOLERANSI

Objekjtif pembelajaran:

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar diharapkan dapat:
i.  mengetahui dan menghayati nilai toleransi
ii. mengamalkan nilai toleransi dalam kehidupan seharian
______________________________________________________________________________________________



Maksud Nilai Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

KK1 : bertolak ansur                           KK2 : sabar                         KK3 : mengawal diri 



Toleransi menjamin kesejahteraan masyarakat dengan menerima dasar kerajaan dan menyokong merealisasikannya. Antara dasar-dasar kerajaan adalah:

i)   Dasar Pembangunan Nasional
    - Matlamat : membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
    - Dilaksanakan oleh DEB dan DPN
    - Cara:  (a)  pengagihan kekayaan negara secara adil 
                (b)  perhatian khas kepada melahirkan masyarakat perdagangan perindustrian
                (c)  memperluas infrastruktur


ii)  Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
    - Tujuan : mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaun dan merapatkan jurang kemiskinan.
    - Cara:  (a)  menyedia dan mempertingkat kemudahan asas di bandar dan luar bandar
                (b)  memberi peluang ekonomi yang banyak di kawasan mundur / kurang membangun.


iii) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)
    - Tujuan : mewujudkan perpaduan, jiwa kebangsaan serta mempertingkat kualiti hidup seimbang.
    - Cara:  (a)  menerima hakikat kepelbagaian budaya 
                (b)  mengadakan Rumah Terbuka di Hari Perayaan
                (c)  terlibat dalam aktiviti peringkat kebangsaan seperti Hari Kemerdekaan dan Citrawarna.


Kepentingan / Kebaikan Nilai Toleransi
- mengelakkan perselisihan faham antara kaum
- menjami keharmornian hidup bermasyarakat.
- menjamin hubungan baik antara kaum.



Kesan / Implikasi Negatif Jika Tiada Toleransi
- timbulnya perselisihan faham antara kaum
- wujudnya prasangkan dalam setiap kaum
- keharmornian akan terjejas
- menjejaskan pembangunan negara



Aktiviti Yang Dapat Meningkatkan Toleransi
- Sukan / RIMUP / Kokurikulum
- Kebudayaan
- Jamuan / perayaan

No comments:

Post a Comment