Selamat Datang ke Laman Panitia Pendidikan Moral SMK Desa Skudai, Johor Darul Takzim

Saturday, March 12, 2011

PREP SECARA ATAS TALIAN (ONLINE PREP)

Pihak Panitia Pendidikan Moral SMKDS sedia maklum akan kekangan masa pelajar dalam menghadiri kelas prep. Namun demikian, kelas tersebut juga penting kerana merupakan antara Program Kecemerlangan Akademik yang dirangka khas oleh barisan guru-guru dan pentadbiran SMKDS. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar dialu-alukan menghadiri kelas prep Pendidikan Moral secara online menerusi ruangan FORUM dengan mengisi borang yang disediakan. Untuk mengetahui soalan-soalan prep, pelajar boleh klik pada perkataan latihan. Maklum balas kepada hasil kerja/jawapan anda akan diberikan dalam kelas sewaktu P&P dijalankan. Harap maklum. Kehadiran anda dikira berdasarkan maklum balas yang anda berikan bagi setiap latihan. Terima kasih.

Panitia Pendidikan Moral SMKDS

No comments:

Post a Comment