Selamat Datang ke Laman Panitia Pendidikan Moral SMK Desa Skudai, Johor Darul Takzim

Saturday, September 15, 2012

Nilai 7 BERDIKARI

Objektif Pembelajaran: 

Diakhir pengajaran dan pembelajarn, pelajar diharapkan dapat:
i.     memahami dan menghayati maksud nilai Berdikari
ii.    mengamalkan nilai Berdikari dalam kehidupan seharian
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nilai Berdikari (Independence)
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

(klik untuk lebih jelas)

Falsafah Cina - Confucius
Jika anda memberi seorang yang lapar ikan, maka dia hanya akan kenyang pada hari itu. Ajarlah dia cara menangkap ikan dan dia akan kenyang sepanjang hidupnya.

Contoh Amalan Nilai Berdikari oleh Malaysia:
  1. Malaysia menolak bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) 
  2. Perpaduan kaum dan kemajuan negara.
  3. Kemajuan dalam sektor ICT dan MSC.
  4. Menjayakan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa seperti Komenwel 1998
  5. Kejayaan menghasilkan produk Malaysia.
  6. Amalan "BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA" dan "MELANCONG DALAM NEGARA"

Kebaikan Amalan Nilai Berdikari
  1. Negara akan maju setanding negara lain.
  2. Dapat hidup tanpa meminta bantuan orang lain.
  3. Banyak bidang baru dapat diterokai dan melonjakkan pendapatan serta nama baik negara.
  4. Dipandang tinggi oleh masyarakat persekitaran.

3 comments: