Selamat Datang ke Laman Panitia Pendidikan Moral SMK Desa Skudai, Johor Darul Takzim

Saturday, September 15, 2012

Nilai 8 KERAJINAN

Objektif Pembelajaran: 

Diakhir pengajaran dan pembelajarn, pelajar diharapkan dapat:
i.     memahami dan menghayati maksud nilai Kerajinan
ii.    mengamalkan nilai Kerajinan dalam kehidupan seharian
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nilai Kerajinan (Deligence)
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

(klik untuk lebih jelas)

Contoh Amalan Nilai Kerajinan:
  1. Pembinaan monumen bersejarah seperti Piramid, Menara Condong Pisa, Taj Mahal dan Tembok Besar Cina.
  2. Kebangkitan semula Jepun selepas pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.

Kepentingan Nilai Kerajinan
  1. Tidak mudah berputus asa
  2. Berfikiran kreatif dan berinovasi
  3. Sentiasa positif dan optimis dalam hidup dan kerjaya
  4. Memanfaatkan masa secara optima - tidak membazirkan masa.
Contoh Kerajinan Di Kalangan Pelajar:
  1. Kehadiran penuh ke sekolah
  2. Hadir dalam semua aktiviti sekolah seperti aktiviti kokurikulum
  3. Rajin membuat ulangkaji dan belajar secara berkumpulan
  4. Menyiapkan segala kerja sekolah yang diberikan guru


15 comments: